Thursday, April 29, 2010

ORANG MALAYSIA KU.......siri 2

Kita sememangnya mengetahui Masyarakat kita yang dulunya  menitik beratkan hubungan kekeluargaan. Sehinggakan sekiranya anak digigit nyamuk sekalipun dimarahnya, apatah lagi sekiranya anak mereka ini terlibat pula dengan penyalahgunaan dadah habis kerajaan dimarah kerana tidak menjalankan penguatkuasaan dan tidak memberi maklumat, sedangkan beratus-ratus program yang dijalankan pihak AADK untuk memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat tidak diendahkan kalau ada pun sekadar lepaskan batuk ditangga sahaja.
             Adakah masyarakat pada hari ini lebih memikirkan kesibukan mencari wang/duit sehinggakan keselamatan dan kebajikan keluarga (kerohanian) telah diabaikan. Ramai yang akan membantah dan kurang setuju dengan pendapat ini bagi mereka mereka bekerja untuk menyara dan memberi keselesaan pada keluarga sudah cukup menjamin kebahagian dan tidak salah malah semua kemudahan dapat disediakan dengan duit ringgit, tetapi kita lupa aspek kerohanian yang telah kita lupakan  duit bagi kita cukup mendatangkan kebahagian dalam keluarga. tetapi kekurangan masa yang bermutu bersama keluarga adalah menjadi punca anak2 mencari keseronokan di luar di sebabkan inilah masyarakat kita lebih terdedah kepada gejala2 yang negatif terutamanya dadah. 

Wednesday, April 28, 2010

ORANG MALAYSIA KU..............................

MARI KITA TENGOK APAKAH MASYARAKAT KITA MENGAMBIL BERAT MASALAH DADAH DI KAWASAN MEREKA DAN ADAKAH MASYARAKAT KITA INI HANYA PANDAI BERCAKAP  DAN MENGHENTAM SAHAJA TAPI TIDAK MEMBERI KOMITMEN DAN SOKONGAN KEPADA PIHAK KERAJAAN ATAS USAHA UNTUK MENCEGAH PENYALAHGUNAAN DADAH. IKLAN DAH BERJUTA RM HABIS KEMPEN DAH BERPULUH TAHUN TAPI MASYARAKAT MASIH ENDAH TAK ENDAH SAHAJA MUSUH NEGARA NO 1 INI. TAPI BILA DAH KENA PADA BATANG HIDUNG DIORANG BARULAH NAK SALAHKAN KERAJAAN TAK SALURKAN MAKLUMAT PADAHAL MEREKA NI SENDIRI X NAK AMBIK BERAT. INIKAH MASYARAKAT MALAYSIA. KALAU ADA PAMERAN DI KARNIVAL JARANG SEKALI NAK LIHAT PENUH MACAM KAT KELAB MALAM KER UR MACAM KAT PANGGUNG WAYANG TAPI BILA ANAK SENDIRI TERLIBAT DI SALAHKAN ORANG LAIN KERANA MEMPENGARUHI ANAK MEREKA. ANAK DIA X SALAH PADAHAL MEREKA SENDIRI X MENGAMBIL BERAT PERKARA INI.RAKYAT MALAYSIA KU......................sambung dilain masa....

Thursday, April 22, 2010

RIADAH PETANG KAKITANGAN AADK PD



Gambar atas .Salah satu cara teknik (muscle stretch)

Sesi Memanaskan Badan

Demi memperkuatkan Jentera AADK berkempen. semua Kakitangan diwajibkan menyertai riadah Petang pada setiap hari jumaat bagi memperkukuhkan dan meningkatkan tenaga kerja yang optimum dan juga merapatkan silaturahim sesama kakitangan bagi memperhebatkan misi dan visi AADK. Tahniah kepada semua kakitangan kerana memberikan kerjasama bagi kemajuan AADKPD dan membasmi Dadah di Daerah Port Dickson.

PAMERAN DAN CERAMAH AADK DI SMK KAMPUNG BARU SI RURA PORT DICKSON

Pelajar -pelajar sekolah menunjukan minat pada pameran AADK sekiranya semangat ini di tunjukan setiap pelajar di sekolah tidak mustahil Sekolah bebas dadah 2012 akan tercapai. Gambar atas dan bawah menunjukan minat pelajar untuk mengetahui jenis dan akibat dadah.


Guru- guru juga tidak ketinggalan untuk mengetahui dengan lebih jelas maklumat dan info mengenai jenis dan kesan Dadah.


Pegawai AADK Port Dickson En Lokman memberikan ceramah dan maklumat kepada pelajar-pelajar tentang bahayanya akibat penyalahgunaan Dadah.

PAMERAN KONVOKESYEN POLITEKNIK PD 20-22.4.2010



Wednesday, March 10, 2010

PROGRAM PENCEGAHAN SMK PASIR PANJANG






Pada 10.3.2010 SMK Pasir Panjang telah menjemput pihak AADKPD untuk memberikan ceramah dan pameran di sekolah sempena minggu Kokurikulum. Terima Kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan pengetua amnya . Sekiranya kerjasama seperti ini diberikan setiap badan pendidikan nescaya Sekolah bebas Dadah akan tercapai pada 2012.

Sunday, February 21, 2010

KEMPEN PENCEGAHAN PERINGKAT IPT






PROGRAM RIADAH MENDAKI KE RUMAH API TANJUNG TUAN ANJURAN RUKUN TETANGGA TAMAN POLITEKNIK DENGAN KERJASAMA POLITEKNIK PD DAN AADK
PORT DICKSON PADA 21.2.2010