Kita sememangnya mengetahui Masyarakat kita yang dulunya menitik beratkan hubungan kekeluargaan. Sehinggakan sekiranya anak digigit nyamuk sekalipun dimarahnya, apatah lagi sekiranya anak mereka ini terlibat pula dengan penyalahgunaan dadah habis kerajaan dimarah kerana tidak menjalankan penguatkuasaan dan tidak memberi maklumat, sedangkan beratus-ratus program yang dijalankan pihak AADK untuk memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat tidak diendahkan kalau ada pun sekadar lepaskan batuk ditangga sahaja.
Adakah masyarakat pada hari ini lebih memikirkan kesibukan mencari wang/duit sehinggakan keselamatan dan kebajikan keluarga (kerohanian) telah diabaikan. Ramai yang akan membantah dan kurang setuju dengan pendapat ini bagi mereka mereka bekerja untuk menyara dan memberi keselesaan pada keluarga sudah cukup menjamin kebahagian dan tidak salah malah semua kemudahan dapat disediakan dengan duit ringgit, tetapi kita lupa aspek kerohanian yang telah kita lupakan duit bagi kita cukup mendatangkan kebahagian dalam keluarga. tetapi kekurangan masa yang bermutu bersama keluarga adalah menjadi punca anak2 mencari keseronokan di luar di sebabkan inilah masyarakat kita lebih terdedah kepada gejala2 yang negatif terutamanya dadah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.