Wednesday, May 4, 2011

AKTIVITI RESIDEN PUSAT KHIDMAT 2

TEMPAT : PUSAT KHIDMAT AGENSI ANTIDADAH PORT DICKSON
MASA :  SEPANJANG BULAN MAC DAN APRIL 2011


Pada bulan Mac pihak AADKPD telah menjalankan beberapa program untuk 24 orang residen disertakan untuk tatapan semua program-program yang dilaksanakan di Pusat Khidmat. Pusat khidmat menjalankan aktiviti harian berdasarkan jadual yang dibuat. PKAADKPD melaksanakan beberapa bentuk program terutamanya seperti kelas Pencegahan Relapse yang dilaksanakan pada setiap hari isnin malam, kelas ini bertujuan untuk mengingatkan semula kenapa mereka berada dan harus menjalani program selain dari itu juga ia bertujuan untuk memberi input mengenai apa itu relapse.

 Dalam pada itu juga Residen juga mengikuti kelas keagamaan yang di jalankan pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis bagi menguatkan Kerohanian dan pengetahuan agama agar mereka dapat menginsafi diri mereka dan memulakan langkah baru.

 Kelas Agama yang dilaksanakan oleh ustazah dari AADK Negeri Sembilan

 Pada setiap Rabu Malam Aktiviti cergas minda juga dijalankan bagi mencambah dan menjana daya fikir yang lebih kreatif dan membentuk siasah diri dan lebih bersedia untuk memimpin diri ke arah kehidupan bersama masyarakat .




Tidak lupa juga aktiviti wajib residen laksanakan adalah aktiviti pertanian yang hanya dilaksanakan pada setiap pagi sahaja. Pertanian adalah perlu disebabkan PKAADKPD mempunyai keluasan tanah yang agak luas pertanian ataupun projek lanskap adalah perlu bagi mengekalkan momentum kepulihan secara fizikal.
 

 Sebahagian dari aktiviti yang dilaksanakan ,untuk pengetahuan umum juga Pusat Khidmat port Dickson juga menjalankan aktiviti Riadah atau khidmat masyarakat pada hari Sabtu terpilih bagi memberi lebih impak persediaan untuk keluar bersama masyarakat suatu hari nanti. tidak lupa juga penerapan disiplin yang paling penting, Pada setiap pagi Residen ini akan perlu berbaris untuk sesi taklimat dan juga menyanyikan lagu Negaraku.






Monday, April 18, 2011

AKTIVITI RESIDEN PUSAT KHIDMAT 2011

TARIKH :14-17 .3.2011
TEMPAT : KOMPLEKS RAKAN MUDA ALOR GAJAH, MELAKA
PROGRAM : KURSUS PENGURUSAN ACARA
ANJURAN : AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Pada tarikh yang berkenaan Pusat Khidmat AADKPD telah menghantar seramai 10 orang residen yang berumur 40 tahun kebawah bagi mengikuti program Pengurusan Acara. Atas jemputan pihak APBM , AADKPD bersetuju untuk menghantar penyertaan dan berkerjasama dalam memastikan program ini berjalan lancar.

Program ini juga  bertujuan untuk memberi pendedahan dan penambahan ilmu kepada residen AADKPD memandangkan kebanyakan daripada mereka tidak pernah mengikuti mana-mana kursus anjuran pihak luar. Di dalam kursus ini mempunyai beberapa perkara pihak AADKPD harapkan  dari Residen , terutamanya pencampuran bersama masyarakat di luar agar tidak malu dan berani menghadapi masyarakat, dan juga menjadi salah satu penyampai maklumat yang lebih berkesan secara terus kepada golongan sasar iaitu belia bagi menerangkan bahayanya Dadah .
Peserta Dari AADKPD

Satu pengalaman baru bagi mereka berkursus bersama dengan Belia


Aktiviti Riadah tidak ketinggalan bagi menjamin kecergasan setiap masa


Sukan salah satu LDK dalam Program Acara


Tahniah kepada Peserta AADKPD yang menjadi Penghulu pada Program Pengurusan Acara ini.

Jutaan terima kasih juga pada pihak Akademi Pembangunan Belia Malaysia Kerana sudi menerima dan memberi peluang kepada mereka ini untuk menyertai kursus yang amat diperlukan oleh mereka ini. Segala pengalaman dan pengetahuan yang di beri semasa kursus akan dipergunakan sebaik mungkin bila berada diluar nanti. Dan seribu penghargaan dari pihak AADKPD kepada APBM terutamanya Tuan Pengarah APBM dan Pegawai penyelaras program En Huzaimi yang banyak membantu.
 






Monday, October 18, 2010

12 TERAS PEMULIHAN DALAM KELOMPOK SOKONG BANTU

PROGRAM : 12 TERAS PEMULIHAN 
TEMPAT : PKAADKPD
MASA : 8.00 AM - 1.00 PM
PESERTA : KES-KES PENGAWASAN

Kelompok sokong bantu menyatukan mereka yang berpengalaman sama. Ahli-ahli kelompok berkongsi pengalaman ,memberikan kefahman dan sokongan serta saling membantu dalam mencari cara baru menghadapi masalah.

Sokong bantu menjadi elemen penting bagi rawatan untuk gangguan emosi,perilaku dan kesihatan mental. Ramai menganggap kelompok sokong bantu bagi proses kepulihan dan pemerkasaan.

TUJUAN

Tujuan kelompok sokong bantu ialah untuk memberikan sokongan kepada mereka yang berjuang mengatasi ketagihan dadah.
Kejujuran dan istiqamah adalah kunci bagi kepulihan ,jadi ahli-ahli digalakkan berkongsi tentang perilaku adiktif masing-masing.
Menerusi perkongsian,ahli-ahli membantu diri mereka dan kawan lain bagi memahami recovery.


Pengenalan Teras 1 
objektif :
a. Memahami kepentingan pengakuan hidup ahli tidak terurus
b. Memahami kepentingan hidup ahli yang bermasalah
c. Memahami kepentingan tidak mengambil last call


Teras 2
objektif :
a. Membincangkan tentang keyakinan bahawa tuhan dapat membantu mengembalikan kesedaran dan kewarasan
b. membincangkan tentang ketidakwarasan dan hilang kesedaran sewaktu jadi penagih dadah


Teras 3
objektif :
a. Membincangkan tentang kesediaan berubah
b. Membincangkan tentang membuat keputusan yang tepat dalam hidup
c. Membincangkan tentang kelebihan penyerahan diri kepada tuhan



Teras 4
objektif :
a. Membantu ahli mengenalpasti sifat yang positif dan negatif
b. Membantu ahli mengatasi perasaan takut untuk mengakui kesilapan



Teras 5
objektif :
a. Membantu ahli menyedari sejauh mana 'character detect' ahli mempengaruhi perhubungan dengan orang lain.
b. Membantu ahli memupuk sifat ikhlas dalam perbuatan / tingkahlaku.
c. Membantu ahli memahami konsep muhasabah diri/renung diri



Teras 6
objektif :
a. Membantu ahli menerokai diri untuk menerima nasihat,pendapat dan pertolongan orang lain dalam kepulihannya
b. Membantu ahli mempunyai kesediaan diri yang total untuk berubah dan membuat langkah-langkah serta tindakan yang sepatutnya



Teras 7
objektif :
a. Membantu ahli memahami konsep rendah diri
b. Membantu ahli memahami keperluan rasa rendah diri dan kepulihan



Teras 8
objektif :
a. Membantu ahli memahami persepsi tentang disiplin diri
b. Membantu ahli memahami hubungan disiplin dan kehidupan
c. Membantu ahli mengenalpasti  kesalahan masa lampau dan orang lain yang terlibat


Teras 9
objektif :
a. Membantu ahli menyedari kesalahan yang dilakukan
b. Membantu ahli menebus kembali kesalahan yang dilakukan
c. Membantu ahli untuk memulakan kehidupan baru


Teras 10
objektif :
a. Membantu ahli menegakan diri daripada mengulangi kesilapan yang sama
b. membantu ahli merenung secara berterusan
c. Membantu ahli sentiasa menerima kelemahan diri



Teras 11
objektif :
a. Memahami bahawa kepatuhan kepada tuhan mestilah berterusan
b. Memahami hubungan kepatuhan ini dalam mengekalkan kepulihan
c. Memberi kesedaran tentang kelebihan yang boleh didapati daripad amalan-amalan baik tersebut


Teras 12
objektif :
a. Membantu ahli mengenalpasti langkah-langkah yang boleh diambil oleh setiap ahli untuk membantu orang lain
b. Memberi kefahaman tentang pemulihan secara berkelompok

Sunday, October 17, 2010

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

PROGRAM : KHIDMAT MASYARAKAT RESIDEN PKAADKPD
TEMPAT : BALAI RAYA KAMPUNG SAWAH, SUNGGALA
TARIKH : 9/10/2010










Salah satu proses rawatan dalam komuniti yang dijalankan Pusat Khidmat AADK Port Dickson. Proses ini adalah satu pendekatan yang penting kepada mereka yang dibawah pemerhatian PKAADKPD ini disebabkan kebanyakan daripada mereka ini masih gagal untuk bercampur dengan masyarakat terutamanya jawatankuasa kampung. Mereka ini selalu bersendiri dan menyisihkan diri dari orang yang berpengaruh disuatu tempat maka dengan ini pihak PKAADKPD telah memainkan peranan penting demi memastikan kepulihan mereka adalah secara ' Total'.

PROGRAM TUNAS

TEMPAT : TABIKA BITARA GENIUS, TABIKA TAMAN PERPADUAN DAN TABIKA CERDIK BISTARI


MASA : 8.30 AM - 11.00 AM

Program TUNAS ini dijalankan adalah untuk mendidik anak-anak dari peringkat akar umbi agar mengetahui bahaya dadah dan mengenal keburukan penyalahgunaan dadah. Oleh kerana pendidikan ini penting pihak AADK telah mengambil satu langkah kehadapan bagi mendedahkan keburukan dadah demi mencapai kempen 2015 bebas dadah adalah perlu bagi pihak AADK mengerakan masyarakat bagi menjayakan kempen di peringkat akar umbi dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak yang terlibat seperti pihak Tabika Kerajaan mahupun Tabika Swasta.
Kanak-kanak melaungkan TUNAS 

 Satu Pengalaman yang amat penting kepada pegawai AADK kali pertama mengajar kepada kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun.


Bukan mudah untuk kita memberikan pemahaman kepada kanak-kanak mereka yang bertekad dan bersabar sahaja yang mampu untuk melaksanakan misi akar umbi ini.



Pengalaman sebagai seorang ibu menjadi sandaran untuk mengajar kanak-kanak ini. 

kanak-kanak ini cuba memahami pelajaran yang diajar dengan mencantumkan puzzle 

salah satu permainan yang mengandungi maklumat bahayanya dadah

mencuba pendekatan baru untuk kanak-kanak ini lebih memahami apa yang hendak disampaikan  

kanak-kanak ini meletakan gelung ke tempat yang sepatutnya 

 Tabika Cerdik Bistari 
salah satu Tabika yang Terpilih untuk program TUNAS

Monday, October 4, 2010

Aktiviti Lasak sebahagian proses Rawatan Pada Residen PKAADKPD

TEMPAT : BLUE LAGOON DAN HUTAN REKREASI TANJUNG TUAN
TARIKH : 25/9/2010 / SABTU
PROGRAM MINGGUAN UNTUK RESIDEN
Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menambah impak kepada proses pemulihan dadah kepada penghuni PKAADKPD kebanyakan dari mereka adalah penghuni yang tinggal selama 3 bulan secara sukarela. Latihan -latihan seperti ini adalah perlu memandangkan di PKAADKPD adalah tempat persingahan kepada mereka yang memerlukan bantuan secara sukarela tambahan pula kawasan PKAADKPD adalah satu kawasan yang berada di kawasan pelancongan secara tak langsung ia memerlukan satu kaedah alternatif yang lebih sesuai untuk merawat fizikal dan rohani bagi memantapkan nilai-nilai jati diri setelah keluar dari PUSPEN.

tunggu sambungan seterusnya............


Monday, September 27, 2010

APA ITU SYABU ?

1. APA DIA SYABU
I.I. Nama panggilan dan nama saintifik







SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-
  1. ICE 
  2. GLASS 
  3. CRACK METH 
  4. HIROPONG 
  5. BATU (STONES)

Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.


1.2 Rupa Syabu Di Pasaran

Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.


1.3. Bungkusan (Packaging)

Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.


1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis

Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :-

C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3


2. LATAR BELAKANG

2.1. Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;


2.2. Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;


2.3. Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.


3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH

3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:


3.1.1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);

3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan

3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.


3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah Sipitang.


4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:


4.3.1 Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;

4.3.2 Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding dengan pesos di Filipina; dan

4.3.3 Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.

4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti berikut:

4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;

4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;

4.4.3. Keseronokan dan khayalan;

4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan

4.4.5.. Hilang selera makan.


Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.


5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU

Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:


5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;

5.1.2. Dalam motor starter;

5.1.3. Lampu Kalimantang;

5.1.4 Bekas stater kalimantang

5.1.5. Bekas tin bedak;

5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan

5.1.3. Tumit selipar/kasut.

5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.

5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.


6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU

6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:

i) China White
ii) Cristal Stones


6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu

Gred I - Cristal Stones
Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II


7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]

7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
  1. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran; 
  2. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang; 
  3. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan 
  4. Bersifat agresif.

Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:
  1. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok); 
  2. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental; 
  3. Keracunan pada sistem saraf tunjang; 
  4. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya; 
  5. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan 
  6. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.


APA KAWALAN UNDANG-UNDANG KE ATAS SYABU? .

Sebelum 29.11.97, methamphetamine dikawal sebagai bahan psikotropik di bawah Akta Racun 1952 (Disemak 1989) di mana pemilikan, penjualan atau bekalan tanpa kuasa atau kebenaran/lesen boleh dikenakan tindakan mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau pejara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada 29.11.97 methamphetamine diwartakan sebagai dadah berbahaya melalui P.U.(A) 500. Pada masa itu di bawah Seksyen 12 sesiapa yang didapati mengimport, mengeksport atau memiliki methamphetamine tanpa kuasa atau kebenaran sah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menyedari hukuman di atas yang nyata adalah ringan berbanding dengan bahaya dadah ini, Kementerian Kesihatan telah mencadangkan Pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pindaan ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 1.7.1998 untuk meningkatkan hukuman berkaitan dadah berbahaya dan meningkatkan kawalan ke atas dadah peransang jenis Amfetamina termasuk syabu. Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1998 ini berkuatkuasa 15.9.1998.



Di bawah Pindaan ini -

Pemilik 50g dan lebih methamphetamine dianggap sebagai mengedar dadah dan akan dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pemilik lebih 30g tetapi kurang dari 50g methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun sehingga seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Pemilik lebih 5g tetapi kurang dari 30g methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 2-5 tahun dan sebatan 3-9 sebatan.

Pemilik kurang dari 5g methamphetamine boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau pemenjaraan sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengguna yang menggunakan methamphetamine ke atas diri sendiri boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya.