Wednesday, February 3, 2010

HARI BERTEMU PELANGAN 26.1.2010

HARI BERTEMU PELANGAN DI PEJABAT DAERAH PORT DICKSON









Pada 26.1.2010 AADKPD menyertai jabatan-jabatan kerajaan yang lain di Pejabat Daerah Port Dickson bagi menjayakan program Hari Bersama Pelanggan. Program seperti ini amat bagus sekali terutamanya dapat bertemu bersama masyarakat dan mengetahui masalah-masalah yang di hadapi mereka terutamanya masalah dadah dikawasan mereka.
Dan kepada Pejabat Daerah pihak AADKPD mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput pihak kami untuk bersama-sama dalam program ini cuma apa yang diharapkan selepas ini ialah memilih tempat yang lebih menjadi tumpuan orang ramai contohnya di PD walk.

Program Khidmat Masyarakat (TOWARD FUTURE EXCELLENCE) Di SJKT Port Dickson 15.1.2010

Program ini adalah hasil kerjasama antara Pihak Tentera Darat INSPEKA, AADK ,JKM,PPD, Universiti Malaya dan Shell. Tujuan program ini adalah untuk mendidik dari peringkat akar umbi bagi pihak AADK menambah minda pengetahuan mereka mengenai bahaya Dadah dan masa depan mereka adalah keutamaan kami. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Port Dickson telah terpilih untuk peringkat permulaan ini. Program ini dilaksanakan pada 15.1.2010
ucapan terima kasih dari pihak AADK Port Dickson kepada warga sekolah kerana memberi kerjasama yang amat memuaskan. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi.
gambar menunjukan aktiviti dalam program ini.

Tuesday, February 2, 2010

KEMPEN KESEDARAN ANTIDADAH


RADA N9

Pada 21/4/2009 AADK Negeri Sembilan telah melancarkan program Rakan Anti Dadah pelancaran ini berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran seremban pelbagai program di atur bagi menjayakan program ini antaranya sukan futsal,bola jaring dan macam-macam lagi. Pelancaran ini di rasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

OBJEKTIF RADA
mendekatkan AADK kepada golongan sasaran terutamanya Belia dan menjadi telinga dan mulut kepada AADK dalam menyalurkan maklumat dan memberi info tentang fungsi AADK dan kesan penagihan kepada masyarakat umumnya. Mengerakan golongan belia menjadi penentang panyalahgunaan Dadah.


PROGRAM RADA

Pelbagai program telah diatur diperingkat daerah kepada ahli RADA di daerah contohnya seperti sukan , program motivasi dan seminar serta program rekreasi dengan bekerjasama dengan persatuan-persatuan belia serta dengan jebatan belia dan sukan ini akan memantapkan lagi program-program yang akan dijalankan.