Saturday, May 1, 2010

Program Kem Remaja Anti Jenayah

Tempat : D'Rock Adventure Port Dickson ( Persatuan Kanu Port Dickson)
Anjuran : Jabatan Kebajikan Malaysia
 Tarikh : 2/5/2010




Program ini di najurankan oleh pihak JKM Hulu Langat . Mereka menjemput pihak AADK untuk membuat perkongsian maklumat bersama -sama peserta program . Pihak AADK di wakili oleh YM En. Raja Mazlan berkongsi pendapat dan pengalaman beliau kepada peserta program.

wakil AADK di tengah-tengah disamping pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Terima Kasih di ucapkan kepada semua warga JKM yang terlibat kerana sudi menjemput Pihak AADK Port Dickson.

Thursday, April 29, 2010

ORANG MALAYSIA KU.......siri 2

Kita sememangnya mengetahui Masyarakat kita yang dulunya  menitik beratkan hubungan kekeluargaan. Sehinggakan sekiranya anak digigit nyamuk sekalipun dimarahnya, apatah lagi sekiranya anak mereka ini terlibat pula dengan penyalahgunaan dadah habis kerajaan dimarah kerana tidak menjalankan penguatkuasaan dan tidak memberi maklumat, sedangkan beratus-ratus program yang dijalankan pihak AADK untuk memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat tidak diendahkan kalau ada pun sekadar lepaskan batuk ditangga sahaja.
             Adakah masyarakat pada hari ini lebih memikirkan kesibukan mencari wang/duit sehinggakan keselamatan dan kebajikan keluarga (kerohanian) telah diabaikan. Ramai yang akan membantah dan kurang setuju dengan pendapat ini bagi mereka mereka bekerja untuk menyara dan memberi keselesaan pada keluarga sudah cukup menjamin kebahagian dan tidak salah malah semua kemudahan dapat disediakan dengan duit ringgit, tetapi kita lupa aspek kerohanian yang telah kita lupakan  duit bagi kita cukup mendatangkan kebahagian dalam keluarga. tetapi kekurangan masa yang bermutu bersama keluarga adalah menjadi punca anak2 mencari keseronokan di luar di sebabkan inilah masyarakat kita lebih terdedah kepada gejala2 yang negatif terutamanya dadah. 

Wednesday, April 28, 2010

ORANG MALAYSIA KU..............................

MARI KITA TENGOK APAKAH MASYARAKAT KITA MENGAMBIL BERAT MASALAH DADAH DI KAWASAN MEREKA DAN ADAKAH MASYARAKAT KITA INI HANYA PANDAI BERCAKAP  DAN MENGHENTAM SAHAJA TAPI TIDAK MEMBERI KOMITMEN DAN SOKONGAN KEPADA PIHAK KERAJAAN ATAS USAHA UNTUK MENCEGAH PENYALAHGUNAAN DADAH. IKLAN DAH BERJUTA RM HABIS KEMPEN DAH BERPULUH TAHUN TAPI MASYARAKAT MASIH ENDAH TAK ENDAH SAHAJA MUSUH NEGARA NO 1 INI. TAPI BILA DAH KENA PADA BATANG HIDUNG DIORANG BARULAH NAK SALAHKAN KERAJAAN TAK SALURKAN MAKLUMAT PADAHAL MEREKA NI SENDIRI X NAK AMBIK BERAT. INIKAH MASYARAKAT MALAYSIA. KALAU ADA PAMERAN DI KARNIVAL JARANG SEKALI NAK LIHAT PENUH MACAM KAT KELAB MALAM KER UR MACAM KAT PANGGUNG WAYANG TAPI BILA ANAK SENDIRI TERLIBAT DI SALAHKAN ORANG LAIN KERANA MEMPENGARUHI ANAK MEREKA. ANAK DIA X SALAH PADAHAL MEREKA SENDIRI X MENGAMBIL BERAT PERKARA INI.RAKYAT MALAYSIA KU......................sambung dilain masa....