Saturday, January 30, 2010

APAKAH ITU PUSAT KHIDMAT ?





Pusat Khidmat AADK Port Dickson merupakan nadi penggerak berhubung dengan usaha memerangi ancaman dadah di peringkat daerah. Pusat Khidmat AADK diwujudkan bagi memudahkan AADK menawarkan perkhidmatan -perkhidmatan Rawatan dan Pemulihan dan Pencegahan kepada pelbagai golongan masyarakat di setiap daerah.

OBJEKTIF
Menyediakan tempat perlindungan dan perkhidmatan kepada mereka yang mempunyai masalah penagihan dadah, membentuk perkembangan sahsiah dan keyakinan diri melalui kemahiran kendiri, pembinaan jati diri dan kemahiran daya tindak untuk berdepan dengan keluarga, masyarakat dan memperoleh kejayaan.

KUMPULAN SASAR
1. Kes yang memerlukan Perkhidmatan seperti kes-kes pengawasan, kes-kes sukarela ,Pengguna / Bekas Penagih dadah.

2. Kes-kes yang memerlukan Perkhidmatan khidmat Nasihat / rujukan dan ibu bapa dan keluarga penagih, Pelajar-pelajar sekolah dan IPT, kakitangan kerajaan / swasta dan juga masyarakat dialu-alukan.

3. Agensi dan Badan yang memantau memberikan perkhidmatan / sokongan kepada PKAADK seperti Jabatan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, Majikan, Syarikat Swasta, Sukarelawan dan Masyarakat setempat.

JENIS PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

A) PERKHIDMATAN PEMULIHAN

1. BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kaunseling dan bimbingan akan menjadi teras dan bertindak sebagai nadi di PKAADK bagi membantu kumpulan sasar meneroka alternatif penyelesaian masalah

Perkhidmatan ini akan turut melibatkan peranan kaunselor/ pekerja sosial sukarela dari pihak IPT, JKPD, PRS dan Badan Bukan Kerajaan.

Khidmat kaunseling dan Bimbingan akan dijalankan lebih berstuktur kepada kes-kes yang menjalani seliaan secara sukarela, Pengawasan dan jagaan lanjut.

2. KELOMPOK SOKONG BANTU (KSB)

Program kelompok sokong bantu (KSB) merupakan program pemulihan yang tidak formal untuk memastikan kes-kes menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat

Antaranya : Pembimbing Rakan Sebaya, Jawatan Kuasa Pemulihan Dadah, Alumni dan NGO's.

Contoh aktiviti yang dijalankan seperti didaktik, ceramah motivasi, kemahiran mencegah penagihan semula dan aktiviti kemasyarakatan dan program bersama bekas penagih yang telah berjaya.