Wednesday, May 4, 2011

AKTIVITI RESIDEN PUSAT KHIDMAT 2

TEMPAT : PUSAT KHIDMAT AGENSI ANTIDADAH PORT DICKSON
MASA :  SEPANJANG BULAN MAC DAN APRIL 2011


Pada bulan Mac pihak AADKPD telah menjalankan beberapa program untuk 24 orang residen disertakan untuk tatapan semua program-program yang dilaksanakan di Pusat Khidmat. Pusat khidmat menjalankan aktiviti harian berdasarkan jadual yang dibuat. PKAADKPD melaksanakan beberapa bentuk program terutamanya seperti kelas Pencegahan Relapse yang dilaksanakan pada setiap hari isnin malam, kelas ini bertujuan untuk mengingatkan semula kenapa mereka berada dan harus menjalani program selain dari itu juga ia bertujuan untuk memberi input mengenai apa itu relapse.

 Dalam pada itu juga Residen juga mengikuti kelas keagamaan yang di jalankan pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis bagi menguatkan Kerohanian dan pengetahuan agama agar mereka dapat menginsafi diri mereka dan memulakan langkah baru.

 Kelas Agama yang dilaksanakan oleh ustazah dari AADK Negeri Sembilan

 Pada setiap Rabu Malam Aktiviti cergas minda juga dijalankan bagi mencambah dan menjana daya fikir yang lebih kreatif dan membentuk siasah diri dan lebih bersedia untuk memimpin diri ke arah kehidupan bersama masyarakat .




Tidak lupa juga aktiviti wajib residen laksanakan adalah aktiviti pertanian yang hanya dilaksanakan pada setiap pagi sahaja. Pertanian adalah perlu disebabkan PKAADKPD mempunyai keluasan tanah yang agak luas pertanian ataupun projek lanskap adalah perlu bagi mengekalkan momentum kepulihan secara fizikal.
 

 Sebahagian dari aktiviti yang dilaksanakan ,untuk pengetahuan umum juga Pusat Khidmat port Dickson juga menjalankan aktiviti Riadah atau khidmat masyarakat pada hari Sabtu terpilih bagi memberi lebih impak persediaan untuk keluar bersama masyarakat suatu hari nanti. tidak lupa juga penerapan disiplin yang paling penting, Pada setiap pagi Residen ini akan perlu berbaris untuk sesi taklimat dan juga menyanyikan lagu Negaraku.






Monday, April 18, 2011

AKTIVITI RESIDEN PUSAT KHIDMAT 2011

TARIKH :14-17 .3.2011
TEMPAT : KOMPLEKS RAKAN MUDA ALOR GAJAH, MELAKA
PROGRAM : KURSUS PENGURUSAN ACARA
ANJURAN : AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Pada tarikh yang berkenaan Pusat Khidmat AADKPD telah menghantar seramai 10 orang residen yang berumur 40 tahun kebawah bagi mengikuti program Pengurusan Acara. Atas jemputan pihak APBM , AADKPD bersetuju untuk menghantar penyertaan dan berkerjasama dalam memastikan program ini berjalan lancar.

Program ini juga  bertujuan untuk memberi pendedahan dan penambahan ilmu kepada residen AADKPD memandangkan kebanyakan daripada mereka tidak pernah mengikuti mana-mana kursus anjuran pihak luar. Di dalam kursus ini mempunyai beberapa perkara pihak AADKPD harapkan  dari Residen , terutamanya pencampuran bersama masyarakat di luar agar tidak malu dan berani menghadapi masyarakat, dan juga menjadi salah satu penyampai maklumat yang lebih berkesan secara terus kepada golongan sasar iaitu belia bagi menerangkan bahayanya Dadah .
Peserta Dari AADKPD

Satu pengalaman baru bagi mereka berkursus bersama dengan Belia


Aktiviti Riadah tidak ketinggalan bagi menjamin kecergasan setiap masa


Sukan salah satu LDK dalam Program Acara


Tahniah kepada Peserta AADKPD yang menjadi Penghulu pada Program Pengurusan Acara ini.

Jutaan terima kasih juga pada pihak Akademi Pembangunan Belia Malaysia Kerana sudi menerima dan memberi peluang kepada mereka ini untuk menyertai kursus yang amat diperlukan oleh mereka ini. Segala pengalaman dan pengetahuan yang di beri semasa kursus akan dipergunakan sebaik mungkin bila berada diluar nanti. Dan seribu penghargaan dari pihak AADKPD kepada APBM terutamanya Tuan Pengarah APBM dan Pegawai penyelaras program En Huzaimi yang banyak membantu.