Thursday, September 23, 2010

PELAKSANAAN PUSPEN TERBUKA DI CURE & CARE 1MALAYSIA

PELAKSANAAN PUSPEN TERBUKA DI CURE & CARE 1MALAYSIA
PERSADA SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR

DEFINISI

 Satu fasiliti terbuka yang menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang boleh diaccess oleh semua peringkat pelanggan di dalam sebuah institusi – penagih, keluarga, majikan dan lain-lain (open access services)
 Fasiliti berperanan sebagai penyedia, pelaksana, perunding, penyelaras dan perujuk (termasuk kes advokasi) kepada program rawatan dan pemulihan klien – memenuhi keperluan kepulihan klien
 Cure & Care (Pulih & Prihatin) diterjemahkan sebagai cara penyampaian perkhidmatan yang sepatutnya dilakukan AADK selaras dengan hasrat kerajaan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” dan Program Transformasi Kerajaan melalui penetapan pencapaian NKRA


APA PERKHIDMATAN DISEDIAKAN


 Pada masa ini 12 perkhidmatan disediakan (secara berperingkat-peringkat)
 Perkhidmatan ini disediakan secara pakej mengikut peringkat penempatan klien (client’s placement level) dan jenis perkhidmatan antaranya
 Pesakit luar (harian, mingguan, berkala)
 Residen (2 minggu – 6 bulan)
 Daycare (1/2 hari, sehari dan hujung minggu – retreat)
 Detoksifikasi (7 – 14 hari)
 Khidmat singkat (terbuka)
 Rujukan/advokasi (terbuka)
 Rawatan terapi gantian (rujukan & berkala)


KEMASUKAN


 Kemasukan ke C&C 1Malaysia tertakluk kepada 3 cara
 Walk-in – klien datang sendiri secara sukarela
 Rujukan – dirujuk oleh pihak ketiga (ibubapa, pasangan, majikan atau lain-lain pihak ketiga yang relevan)
 Temu-seru – dirujuk oleh pegawai AADK/NGOs



CARTA ALIRAN PERKHIDMATAN C&C 1MALAYSIA

PENDAFTARAN
(registration)

PENILAIAN
(assessment)

KHIDMAT SINGKAT
(short-services)

PENEMPATAN
(placement)

PESAKIT LUAR
(outpatient)

RESIDEN
(inpatient)

SINGGAH-MASUK
(daycare)

RUJUKAN & ADVOKASI
(referral & advocate)

PEMERIKSAAN KESIHATAN
(medical assessment)

STABILISASI / DETOKS
(stabilization/detox)

PROGRAM INTERVENTION
(Intervention Programs)

Rawatan Terapi Gantian (drugs substitution therapy) Bimbingan & Kaunseling (counseling & guidance) Agama & Spiritual (religious & spiritual) Pencegahan Relaps (relapse prevention) Kemahiran Hidup (life’s skill) Pendidikan & Latihan Vokasional (education & vocational training) Khidmat Masyarakat (community services) Re-entry Kumpulan Suportif (supportive groups) Seliaan Lanjutan (aftercare)
(1) Pendaftaran sistem maklumat ringkas pesakit
(2) Tujuan
(3) Klasifikasi pesakit
(1) Penentuan tahap keparahan penagihan
(2) Tapisan psikososial & ASI
(3) Pembinaan Pelan Penjagaan Rawatan (Rancangan Pemulihan)
(1) penempatan pesakit kepada 4 peringkat perkhidmatan
(2) Pendaftaran penuh
(3) Akujanji (consent letter)
Perkhidmatan intervensi awal melibatkan aduan, khidmat nasihat kepakaran, bimbingan dan kaunseling
Pesakit Luar & Singgah-Masuk yang datang kali kedua dan berikutnya (temujanji)


LOKASI
Alamat penuh ialah Cure & Care 1Malaysia, PERSADA Sungai Besi, Batu 7 Jalan Sungai Besi, 51700 Kuala Lumpur. Lokasinya adalah berhampiran dengan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur (Integrated Transport Terminal Bandar Tasik Selatan).
KEKUATAN PEGAWAI/KAKITANGAN
Jumlah keseluruhan pegawai dan kakitangan C&C 1Malaysia ialah seramai 104 orang (berbanding waran perjawatan 105 orang), yang terdiri daripada 39 orang pegawai operasi, 51 orang pegawai/kakitangan keselamatan dan 14 orang pegawai/kakitangan pentadbiran. Tidak termasuk 4 orang pekerja khidmat sambilan, iaitu 2 orang Pembimbing Rakan Sebaya dan 2 orang pekerja sambilan. Pecahan seperti berikut:

 Pegawai/Kakitangan Operasi

BIL PERINGKAT PEGAWAI GRED JUMLAH
1.Pegawai Antidadah S48
1
2.Pegawai Antidadah S41
2
3.Penolong Pegawai Antidadah S38
2
4.Penolong Pegawai Antidadah S32
3
5.Penolong Pegawai Perubatan (Kontrak) U29
1
6.Penolong Pegawai Antidadah S27
7
7.Penolong Pegawai Hal-Ehwal Islam S27
1
8.Pembantu Antidadah S22
1
9.Pembantu Antidadah S17
17
10.Pembantu Hal-Ehwal Islam S17
2
11.Attendan Kesihatan U3,
2
JUMLAH 
39

. Pegawai/Kakitangan Keselamatan

BIL PERINGKAT PEGAWAI GRED JUMLAH
1.Penolong Pegawai Keselamatan KP27
1
2.Pembantu Keselamatan KP17
2
3.Pembantu Keselamatan KP14
4
4.Pembantu Keselamatan KP11
44

JUMLAH
51

 Pegawai/Kakitangan Pentadbiran

BIL PERINGKAT PEGAWAI GRED JUMLAH
1.Penolong Pegawai Tadbir N27
1
2.Pembantu Tadbir Kanan N22
1
3.Pembantu Tadbir (P/O) N17
1
4.Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
2
5.Pembantu Tadbir Rendah (KUP) N17/N11
2
6.Tukang Masak N17
3
7.Pembantu Am Pejabat N11
8.
Pemandu R3
3
JUMLAH
14

Bagi mengoperasikan C&C 1Malaysia sepenuhnya, AADK bercadang mendapatkan khidmat seorang Pegawai Peubatan (U41) secara sepunuh masa dan 6 orang penolong pegawai perubatan dan pembantu perubatan (U29 dan U3). Status masih dalam tindakan AADK Ibupejabat dan Kementerian Kesihatan Malaysia.


KOS OPERASI
Bagi tahun kewangan 2010, C&C 1Malaysia telah diperuntukan sebanyak RM4,458,190.00 bagi perbelanjaan mengurus yang meliputi gaji dan emolumen pegawai dan kakitangan, bayaran utiliti, keperluan makan/minum dan kebajikan penghuni, pembaikan dan penyelenggaraan, dan sewaan.
C&C 1Malaysia juga menerima peruntukan tambahan di bawah perbelanjaan ubahsuai bangunan sebanyak RM430,000 bagi tujuan menaiktaraf bangunan sedia ada, dan sebanyak RM11,500.00 bagi tujuan pembiayaan projek Akaun Amanah.

TARAF BANGUNAN
Operasi C&C 1Malaysia adalah di PUSPEN sedia ada, iaitu PUSPEN Sungai Besi, Kuala Lumpur. Bagi membolehkan operasi dapat dijalankan, beberapa buah bangunan diubahsuai untuk menyediakan kemudahan Pejabat Pesakit Luar (Pejabat Pendaftaran), Pejabat Temuduga/Penilaian, Klinik dan Bilik Pakar Perubatan, dan Wad Detoksifikasi.

BAYARAN PERKHIDMATAN
Pada masa ini, C&C 1Malaysia tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada pelanggan/penagih dadah yang ingin atau telah mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.

WEBSITE
Buat masa ini laman web khusus untuk C&C 1Malaysia masih dalam proses pembinaan.

LAIN-LAIN
Kos sara hidup penghuni harian di PUSPEN ialah RM 19.77

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.