Friday, August 13, 2010

pRoGrAm PuSat KhiDmaT UnTuk ResiDen....

Rasanya dah lama x der coretan dalam blog ni kan maklum lah masing2 sibuk x sempat nak menulis dalam blog ni ok kali ni kita nak tunjukkan pada masyarakat apa sebenarnya fungsi Pusat Khidmat ni kan , selalu kita dengar pegawai aadk kalau pergi ceramah kat sekolah selalu cerita pasal keujudan pusat khidmat ni . 
Baiklah kat sini saya nak cerita sikit pasal program yang dijalan kan pusat khitmad pada Residen , yer la korang kan dan tau pusat khitmat ni untuk apa kan so korang tau tak apa kita orang buat dengan residen kat dalam tu ? x tau kan so kat sini saya tunjukan ckit jer x boleh bebanyak nanti tersalah info saya gak susah..
ni dia bebudak residen kita orang tiap-tiap petang kena buat senaman sory lah gambar ambik dari belakang sebab x leh nak tunjuk muka hehehehe

Dia orang ni kalau nak berjoging x nak dalam pusat khidmat nak kuar jer kata diorang  x peluh kalau dalam pusat khidmat.

mana lah nak peluh kalau pegawai pengiring pun follow naik moto apani  woit jogging la sekali ......

kadang2 tu kita orang tukar gak program kat diorang tu x der la tiap2 petang mcm ni kan diorang boring kami lagi la boring pasal tu la bila ada masa kita orang bawak gak bebudak ni g pantai ....

tu dia mmg diaorang nampak seronok bila bersantai kat luar

ni pegawai yang lebih ni bukan bebudak residen ni woit apahal korang lak yang lebih ni hahahahah.
Ok tulah serba sedikit program yang dapat kami berikan pada diorang walaupun mereka ini ramai yang x suka kerana mereka dahulunya adalah seorang penagih tetapi apabila dalam konsep pemulihan mereka ini akan di rawat dengan pelbagai cara termasuklah cara psikologi kerana kebanyakan dari mereka ini walaupun ada yang dah berumur tetapi pemikiran mereka masih di tahap luar kematangan. kita bersambung lagi dalam coretan yang lain pula.......

Monday, May 24, 2010

RADA Port Dickson di Hari Belia Kebangsaan bersama group MARET

TEMPAT : PUTRAJAYA
TARIKH : 14-16.5.2010
PROGRAM : HARI BELIA NEGARA 2010
Terima Kasih kepada pihak MARET kerana memberi peluang kepada group RADA Port Dickson menyertai bersama-sama dalam  konvoi berbasikal Hari Belia Negara di Putrajaya baru-baru ini. TQ all ur are da best MARET.



Saturday, May 1, 2010

Program Kem Remaja Anti Jenayah

Tempat : D'Rock Adventure Port Dickson ( Persatuan Kanu Port Dickson)
Anjuran : Jabatan Kebajikan Malaysia
 Tarikh : 2/5/2010




Program ini di najurankan oleh pihak JKM Hulu Langat . Mereka menjemput pihak AADK untuk membuat perkongsian maklumat bersama -sama peserta program . Pihak AADK di wakili oleh YM En. Raja Mazlan berkongsi pendapat dan pengalaman beliau kepada peserta program.

wakil AADK di tengah-tengah disamping pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Terima Kasih di ucapkan kepada semua warga JKM yang terlibat kerana sudi menjemput Pihak AADK Port Dickson.

Thursday, April 29, 2010

ORANG MALAYSIA KU.......siri 2

Kita sememangnya mengetahui Masyarakat kita yang dulunya  menitik beratkan hubungan kekeluargaan. Sehinggakan sekiranya anak digigit nyamuk sekalipun dimarahnya, apatah lagi sekiranya anak mereka ini terlibat pula dengan penyalahgunaan dadah habis kerajaan dimarah kerana tidak menjalankan penguatkuasaan dan tidak memberi maklumat, sedangkan beratus-ratus program yang dijalankan pihak AADK untuk memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat tidak diendahkan kalau ada pun sekadar lepaskan batuk ditangga sahaja.
             Adakah masyarakat pada hari ini lebih memikirkan kesibukan mencari wang/duit sehinggakan keselamatan dan kebajikan keluarga (kerohanian) telah diabaikan. Ramai yang akan membantah dan kurang setuju dengan pendapat ini bagi mereka mereka bekerja untuk menyara dan memberi keselesaan pada keluarga sudah cukup menjamin kebahagian dan tidak salah malah semua kemudahan dapat disediakan dengan duit ringgit, tetapi kita lupa aspek kerohanian yang telah kita lupakan  duit bagi kita cukup mendatangkan kebahagian dalam keluarga. tetapi kekurangan masa yang bermutu bersama keluarga adalah menjadi punca anak2 mencari keseronokan di luar di sebabkan inilah masyarakat kita lebih terdedah kepada gejala2 yang negatif terutamanya dadah. 

Wednesday, April 28, 2010

ORANG MALAYSIA KU..............................

MARI KITA TENGOK APAKAH MASYARAKAT KITA MENGAMBIL BERAT MASALAH DADAH DI KAWASAN MEREKA DAN ADAKAH MASYARAKAT KITA INI HANYA PANDAI BERCAKAP  DAN MENGHENTAM SAHAJA TAPI TIDAK MEMBERI KOMITMEN DAN SOKONGAN KEPADA PIHAK KERAJAAN ATAS USAHA UNTUK MENCEGAH PENYALAHGUNAAN DADAH. IKLAN DAH BERJUTA RM HABIS KEMPEN DAH BERPULUH TAHUN TAPI MASYARAKAT MASIH ENDAH TAK ENDAH SAHAJA MUSUH NEGARA NO 1 INI. TAPI BILA DAH KENA PADA BATANG HIDUNG DIORANG BARULAH NAK SALAHKAN KERAJAAN TAK SALURKAN MAKLUMAT PADAHAL MEREKA NI SENDIRI X NAK AMBIK BERAT. INIKAH MASYARAKAT MALAYSIA. KALAU ADA PAMERAN DI KARNIVAL JARANG SEKALI NAK LIHAT PENUH MACAM KAT KELAB MALAM KER UR MACAM KAT PANGGUNG WAYANG TAPI BILA ANAK SENDIRI TERLIBAT DI SALAHKAN ORANG LAIN KERANA MEMPENGARUHI ANAK MEREKA. ANAK DIA X SALAH PADAHAL MEREKA SENDIRI X MENGAMBIL BERAT PERKARA INI.RAKYAT MALAYSIA KU......................sambung dilain masa....